Tuesday, September 10, 2013

Phuket 2013 Pt. 1

Sawadee kap :)

Wooho...baru balik dari Phuket. Taklah baru. Dah 2,3 hari lepas.  Best gils. This is my second time. So...tak tahu lah boring ke, fun ke. Ke tak rasa apa-apa. Of course 1st day macam boring..nak buat apa eh?


Ok. Kali ni..I pergi dengan husband, adik I and kawan adik I.  Untuk tidak menimbulkan fitnah, we separate room.  So not honeymoon for me. Haha.  Its okay. Its okay.

First thing yang I nak share...accommodation! Sebelum ni, I stay kat Baumanburi Hotel. And second time pergi pun I stay kat Baumanburi. Sebab apa hotel yang sama? Sebab..sukatilah. Lalalala :p  Sebab...hotel ni best. So klasik (the room). Ada pool yang besar. Actually, weolls konon-konon backpackers katanya so, nak ambil bilik yang RM100 ke bawah. Belambak. Nak dengan tak nak.  Tapi....Im a bit fussy pasal..toilet...cannot go wooo kalau toilet tak ok. So, ambil jugak lah Baumanburi Hotel. Kat Phuket ni I rasa hotel dia murah dari KL sebab untuk satu malam lebih kurang RM120.00 okey lah kan? But don't worry kat Phuket hotel serendah RM60.00 pun belambak!

I booked by Agoda. Easy.

 
 
Dah settle payment, print voucher and bawak je pergi sana. Siap..check in!
 
Hotel Name : Baumanburi Hotel
Address       : 239/1 Rat-U-Thit 200 Pi Rd.
No. of Nights  : 3
No. of Rooms : 2 Total Charge   : RM931.86

 
Flight kitaorang pukul 7.25pg so....pukul 4.30pg dah gerak pergi LCCT.  Sampai sana jam 8.25pg.  Thailand, 1 jam lewat.  Tunggu bag, ambik taxi pergi Patong, 800baht.  Almost 1 hour jugaklah.  Sebab taxi singgah satu tempat untuk sign buku log. Ini adalah satu trick. Memang taxi akan singgah satu tempat ni which is travel agent.  So, kat situ akan promote macam-macam tour.  Depend nak beli situ or kat Patong nanti. First time pergi beli kat travel agent tu and travel agent airport. Memang mahal lah kan. So, second time dah pandai sikitt..haha. Beli kat Patong..lagi murah!  Tapi disebabkan kesian beria-ia explain beli jugak lah satu, City Tour, 1800baht (4-5 hours).  Dalam hati nak beli Phuket Fantasea punya tiket tapi 2000baht/person. Mahal. Cari kat Patong.
 
 
10.30pg sampai kat hotel, tunggu bilik siap. Sambil tu jalan-jalan kat Patong. Survey tour yang nak pergi.  Banyak tempat ikutkan nak pergi.  1st survey untuk island. Memang murah compare first time pergi. First time pergi konon naik kapal mewah. Puihh.  Kena tipu kot rasanya...kapal mewah ni tak mencabar langsung. Haha. Duduk je dalam kapal. Mewah lah sangat kan?  So, kali ni weolls naik boat sahaja. We go Phi Phi Don island,1000baht/person. Then, Phuket Fantasea, 1500baht/person. Travel agent promise nak bagi seat paling depan, the best seat katanya.  Wait n see!  Lepas tu I cakap nak pergi Simon Cabaret. Haizi kata "Tak nak lah pergi...pondan kan tu? Kalau betul takpe jugak!" Motip?   
 
Got to go. Continue later.
XOXO


                                          
                      

0 comments:

Post a Comment