Friday, September 13, 2013

Phuket 2013 Pt. 3

Cadangan, kalau siang hari dah pergi islan, malam elakkan aktiviti-aktiviti berat kecuali activity free and easy sahaja.  I plan nak pergi Phuket Fantasea tapi macam penat je...terus cancel Phuket Fantasea.  Weolls pergi jalan area Patong and Bangla Road gitu. Bangla Road ni memang penuh bangla jugaklah. Haha. Tu pasal nama dia Bangla Road kan? Yang penting kat Bangla Road ni lah banyak aktiviti dan happening sangat. 
 
Kat sini lah ada jual baju, keychain, gajah, haha. Jual orang pun ada. Nak tengok dengan tak nak je. Tapi kalau setakat lalu kat Bangla Road ni pun dah boleh nampak. Hehe. Almost 12am weolls jalan. Letih gils.  Balik tu memang kepenatan gila. 
 
 
 
Eh..sebelum tu..sebelum pergi Bangla Road weolls dinner kat Sansabai Restaurant. Halal food. Sedap. Price malas nak cari yang murah sebab halal food memang agak mahal plus I'm tourist gitu konsep dia. Memang diorang caj mahal.  Nak kena bargain lagi. Malas.  Duit pun tak luak gitu sebab apa..sebab tak shopping apa melainkan kat Hard Rock semalam. 
 






Selain tu, famous thing kat Phuket ni urut mengurut lah. Hehe. Best and murah. Kengkonon nak massage hari-hari tapi jadual padat sangat malas pulak.  Manicure and Pedicure je, 600 baht only.
 
 
Halah! Halah! Mengada gambar ni kan! Pang!
 
Makanan yang best kat Phuket ni lebih kurang makan kat Malaysia kedai Kelantan. Menu semua lebih kurang. Selain tu ada makanan Arab.  Lepas tu kalau pergi Phuket don't miss it, Banana Chocolate Pancake, 60 baht only. Sedap.  Mostly akan nampak waktu malam lah. Siang ni tak pernah jumpa pulak!
 
Okey itu je. Muahs!

Thursday, September 12, 2013

Phuket 2013 Pt. 2

Selepas check in, weolls baring-baring..tido-tido. Haha. Apakah motif percutian jika tidur berlama-lamaan di hotel. Haha. Penat gila. Travel since 4.30pagi kekdahnya! Haha.  Dah semua siap jom pergi makan! Dulu masa pergi 2010, tak banyak makan halal. Sekarang terang-terangan dan jelas, nyata dan terang ada banyak restoren halal. Yang mana cop halal tu boleh lah masuk. 

Sebelum pergi dah tengok blog orang lain kat mana ada tempat halal.  So, ke Jungceylon lah kita.  Shopping mall kat Phuket.  Pavilion konon-konon. Hehe.  Refer blog, ada satu kedai halal kat foodcourth Jungceylon ni, Islamtai Bangja. 

Makanan halal kat Phuket ni agak mahal sebab kat sana lebih banyak non halal.  Tak jadi nak buat percutian budget. Haha. Not so bad. Standard price RM10-20 ke atas..lebih kurang 100 -200 baht. Lepas tu, round lah Jungceylon tu.  Ada Charles & Keith, Jaspal. Kat sini banyak gils jual cover phone. Bling-bling gitu. Tapi hari tu dah borong banyak kat Batu Pahat. Price lebih kurang sama.  Tapi variety lah kat sini. Ada tu lebih murah dari Malaysia.

 
Dah takde keje masuk 4D cinema. Gila tak mencabar okey! Pergi USS lah main benda alah ni. Haha.  250 baht/person.  Satu benda yang I suka kat Phuket, toilet sangat bersih. Public toilet pun bersih. Tapi tulah...takde air.  -_-' Selain kedai-kedai baju, ada juga tempat nak beli groceries.  Kat sana memang kaya buah kot. Pergi mana orang jual buah and fresh. Paling senang dah siap kopek. Settle shopping, jalan lah tepi-tepi jalan area Patong.  Actually..kita orang ni gila pemalas. Pergi dekat pun naik Tuk Tuk, 200 baht/ Jungceylon-Baumanburi.



Singgah Hard Rock.  Haizi kalau pergi Hard Rock wajib beli T-shirt. Weolls pakat-pakat beli sampai 6000 baht and dapat baju free satu.  Yay! Itulah first thing yang I beli kat Phuket on the first day. Haha.  Okey. Nak balik hotel, mandi segala..tapi semua penat, Kangah je yang siap-siap nak pergi Bangla Road. Haha. Yang lain semua tidooo..haha.

 

Esok pagi bangun, terus pergi island.  Dengan tak dinner and breakfast terus pergi. Kelaparannnn....sampai kat jeti, ada jual roti and kerepek pisang.  Dalam hati dah aim dah kerepek pisang..nak buat makan-makan atas boat sekali tu ada orang jerit!! " Bread for fish and this (kerepek) for monkey" OK!!!! Terus takjadi beli. Haha.

 
Pergi island kali super duper best!!!!!! Weolls ambil pakej Phi Phi Don island.  Suppose pergi Maya Bay tapi monsoon katanya..so cancel. Pergi 7 lokasi. Tapi seriously...fun gila!!








 




 
 



Konon nak mencabar sangat duduk kat depan boat. Tak main lah duduk dalam boat. Hambik kau!Sekali ombak besar..dengan boar terloncat-loncat. Haha. Padan muka! Mat salleh siap cakap "Perfect..Perfect..awesome..".."I love this...woohooo!!" Eh..eh..mat saleh ni..kitaorang dah separa terkeluar dari boat ni!! Haha.

Layan lah gambo je. Weolls round
 
 




 
Muahs! Continue later.
 

Tuesday, September 10, 2013

Phuket 2013 Pt. 1

Sawadee kap :)

Wooho...baru balik dari Phuket. Taklah baru. Dah 2,3 hari lepas.  Best gils. This is my second time. So...tak tahu lah boring ke, fun ke. Ke tak rasa apa-apa. Of course 1st day macam boring..nak buat apa eh?


Ok. Kali ni..I pergi dengan husband, adik I and kawan adik I.  Untuk tidak menimbulkan fitnah, we separate room.  So not honeymoon for me. Haha.  Its okay. Its okay.

First thing yang I nak share...accommodation! Sebelum ni, I stay kat Baumanburi Hotel. And second time pergi pun I stay kat Baumanburi. Sebab apa hotel yang sama? Sebab..sukatilah. Lalalala :p  Sebab...hotel ni best. So klasik (the room). Ada pool yang besar. Actually, weolls konon-konon backpackers katanya so, nak ambil bilik yang RM100 ke bawah. Belambak. Nak dengan tak nak.  Tapi....Im a bit fussy pasal..toilet...cannot go wooo kalau toilet tak ok. So, ambil jugak lah Baumanburi Hotel. Kat Phuket ni I rasa hotel dia murah dari KL sebab untuk satu malam lebih kurang RM120.00 okey lah kan? But don't worry kat Phuket hotel serendah RM60.00 pun belambak!

I booked by Agoda. Easy.

 
 
Dah settle payment, print voucher and bawak je pergi sana. Siap..check in!
 
Hotel Name : Baumanburi Hotel
Address       : 239/1 Rat-U-Thit 200 Pi Rd.
No. of Nights  : 3
No. of Rooms : 2 Total Charge   : RM931.86

 
Flight kitaorang pukul 7.25pg so....pukul 4.30pg dah gerak pergi LCCT.  Sampai sana jam 8.25pg.  Thailand, 1 jam lewat.  Tunggu bag, ambik taxi pergi Patong, 800baht.  Almost 1 hour jugaklah.  Sebab taxi singgah satu tempat untuk sign buku log. Ini adalah satu trick. Memang taxi akan singgah satu tempat ni which is travel agent.  So, kat situ akan promote macam-macam tour.  Depend nak beli situ or kat Patong nanti. First time pergi beli kat travel agent tu and travel agent airport. Memang mahal lah kan. So, second time dah pandai sikitt..haha. Beli kat Patong..lagi murah!  Tapi disebabkan kesian beria-ia explain beli jugak lah satu, City Tour, 1800baht (4-5 hours).  Dalam hati nak beli Phuket Fantasea punya tiket tapi 2000baht/person. Mahal. Cari kat Patong.
 
 
10.30pg sampai kat hotel, tunggu bilik siap. Sambil tu jalan-jalan kat Patong. Survey tour yang nak pergi.  Banyak tempat ikutkan nak pergi.  1st survey untuk island. Memang murah compare first time pergi. First time pergi konon naik kapal mewah. Puihh.  Kena tipu kot rasanya...kapal mewah ni tak mencabar langsung. Haha. Duduk je dalam kapal. Mewah lah sangat kan?  So, kali ni weolls naik boat sahaja. We go Phi Phi Don island,1000baht/person. Then, Phuket Fantasea, 1500baht/person. Travel agent promise nak bagi seat paling depan, the best seat katanya.  Wait n see!  Lepas tu I cakap nak pergi Simon Cabaret. Haizi kata "Tak nak lah pergi...pondan kan tu? Kalau betul takpe jugak!" Motip?   
 
Got to go. Continue later.
XOXO


                                          
                      

Tuesday, August 20, 2013

The Conjuring

Memula kan I macam malas lah nak tengok movie hantu-hantu ni. Tapi Nora Danish uolls update pasal The Conjuring terus I nak tengok lah. Haha.


Masalahnya...nak raya ni ada ke orang tengok wayang? Mesti lah ada. Salah seorang, saya lah! Haha. Penuh gils.  Iolls tengok kat BP Mall sebab kat kampong beraya gitu.  Dengan berbaju kurung, pergi ke BP Mall jam 12 malam. Ko hade berbaju kurung pepagi buta. Belengas ok.

Seram gila (for me lah!)  Dah lah tengok memalam buta. Tekejut-tekejut.  4.5 star iolls bagi.  Pergi lah tengok. Best. Best. Masuk yang dengan last week, 2 kali dah I tengok!  Cerita dia pasal satu keluarga ni pindah kat sebuah rumah lepas tu ada benda kacau. Ala..standard lah cerita hantu kan.  Tapi ni logic sikit lah. Ada ke cerita tak logic? ADA!!!! Hantu David Teoh. Haha.

Yang best pengarah filem ni orang Malaysia ya, James Wan.  Kelas kau!

Monday, August 19, 2013

27 y. o

 
Lagi 3 tahun nak 30! Tak sabar nak tunggu waktu tu. Haha. Motip nak makin tua!! Entah. Tak sabar nak tengok apa jadi umur 30 tahun. Entah ada, entah tak kan!

So far, Alhamdulillah. 

Actually tak celebrate apa pon sebab rasa macam perlu ke nak celebrate? Haha. Macam dah tua-tua sangat. Makan kat rumah sudohh.  Tapi disebabkan raya, and nak tengok The Conjuring lagi (I will blog this later) gagahkan juga pergi shopping mall. Target, movie only. Over target, movie, shoes, zebra pillow, iphone casing, etc.  Too much.

So, I decided pergi Paradigm Mall, PJ! Wooho! 

"Kat sini ada Serai tau"

"Serius?"

"Yeah.."

"Belanja...?? Besday??"

"Boleh.."

Padahal sebelum pergi dah melantak mee goreng Umi masak. Sedap wa cakap lu!  Kata birthday kan...haruslah order memacam. Memacam pun order seperti biasa. Memang pergi Serai menu tetap yang ini pon.
 

Sebab birthday girl extra dessert lah. Hehe.

DAN!!! I found one shop yang really awesome (for me) all cute-cute benda ada dalam kedai ni. Contoh...like this. comel gila kot (for me lah!) Tak hengatt lah apa nama kedai, Miss' T kot!
 
 
this one, pun comel. Suppose letak earing, necklace tapi disebabkan tak pakai semua benda tu, I'll put my key. Plus Haizi tak payah dah letak kunci atas table cake I. Huh!
 

   
And the super comel hello kitty housing for me :) Paradigm Mall ni best gila kot sebab semua ada! Diulangi, semua ada! Phew.  Tak habis kat situ pergi The Curve pulak!
 
 

Shomel-shomel. Pang! Tapi seriously yang ni lagi comel. Okey untuk orang yang guna hand sanitzer. Tak ok untuk orang yang tak guna hand sanitizer. Before this guna Dettol je, tapi Sherry Ibrahim asik lah upload yang comel-comel ni terus terpengaruh.  Haha.  Ini pun dugaan nak membeli benda alah ni! Sebelum puasa datang situ, tak sampai kedai I dah kena allergy so patah balik. And now baru dapat tapi dah semua habis. Huaaaaa!!! 
 
 
 
 Ok. Itu je. Hand sanitizer tu, RM15/each. Pocket Bac dia RM25-RM35 macam tu. XX
 
 
 

Monday, July 29, 2013

JJCM : Hokkaido Seafood Restaurant

Lastweek, craving gils nak makan seafood. And of course I nak makan chineese seafood sebab kalau makan seafood kedai biasa ketam dia very tak besar. Hehe. Tak puasss!!! So, I bagitahu hubby jom pergi Hokkaido.  Best! Best!

Tapi tapau bawak balik sebab tempat semua dag fully booked. Whateve.




The one and only............................Crab Salted Egg. (****)


Siakap 3 rasa. (****)
















Kerang Pedas (***)

Siput Sedut masak apa entah (blackpepper kot) (***)


Time tu berbuka dengan jayanya! Heaven.

Got to go. Bye.